Tuesday, June 4, 2013

Ustaz Hamdan


Assalamualaikum semua~ berjumpa lg kita dalam rancangan aku merapu~ k. Td, tiba2 tergerak hati nak tgok gambar lama. belek2 punya belek lappy aku td terjumpa satu gambar lama nihh. gambar nih masa kitorg form 3. Ni nak cerita pasal salah seorg ustaz yg amat aku sayang dan jd idola kpd aku dan batch aku iaitu Azzumala' 23. Nampak ustaz segak yg duduk kat kerusi tu? haaa namanya ustaz Hamdan. Dia asal dr Kelantan. Dia mengajar aku start aku form 3 smpai laa form 5. Yang paling best masa form 5 dia jd guru kelas aku. Nak cite pasal ustaz aku nih, dia seorg yg amat sporting, cool, and jarang nmpak dia marah. Senang cite die x pernah marah kitorg, kalau kitorg buat silap mmg dia akan cubit tp masa dia cubit muka dia senyum rilek jeee. Sakit mmg sakit tp kita yg dicubit ni pun rela je kne cubit dgn dia nak kata betapa sejuknya hati pandang muka dia senyum. hahaha. Dia mmg kelakar kalau mengajar. Bila dia mengajar dia akan guna slang kelantan dia. ahaha. Tp kitorg paling suka bila dia handle satu2 masalah, penuh ketenangan, x pernah disertai dgn emosi bila handle sesuatu masalah.

Ustaz aku nih kahwin 2 kali. Perkahwinan pertama dia hampir 10 tahun jgak rasenye. tp xde rezeki dalam hal zuriat. dia xde anak. ditambah pulak dgn isterinya sakit. So kitorg mmg syg dia and mmg taknak bg dia sakit hati sbb kitorg tahu dia dah anggap kitorg sekelas mcm anak2 dia sndiri dah. Nak tahu kenapa aku ckp mcm tu? post yg lain aku akan cerita pasal "Batch Azzumala' 23 yg dibenci ramai." Nak dijadikan cerita, sebelum bulan puasa 2010, mase tu kitorg form 5, isteri dia sakit tenat, dan x lame lpastu dipanggil kembali oleh Allah. Allah lebih sayangkan isteri dia. Sebak wehh sebak. Dia masuk kelas tetap tenang dgn muka selamba dia, tp nmpak raut sedih di wajahnya. Tetap mengajar kitorg mcm biasa dan ketepikan semua emosinya. Kalau x silap aku dlm brape hari je dia x dtg skolah sbb urus pasal arwah isteri dia. lpastu dia tetap dtg mengajar kitorg. Betapa kuatnya hati ustaz Hamdan nih. kitorg mmg salute and respect serta sayang kat dia. Kalau la benda ni kena kat kita, agak2 brapa minggu agaknya kita amik masa nak dtg kelas semula kan? hmm :(

Igt lg, benda yg paling buat aku teramatlah sebak is masa kitorg satu batch pergi raya umah dia. Kali pertama dia raya aidilfitri tanpa ditemani isteri tercinta. Semua makanan dia masak sndiri khas utk sambut kitorg, dr yg ringan hinggalah ke berat. Ayat dia yg paling aku x boleh lupa, "Korg makan laa smpai habis semua nih. Ustaz masak banyak utk korg. Bukan ada siapa2 pun kat umah ni nk tolong ustaz abiskan" Ya Allah, kitorg yg dtg umah dia dgr dia ckp mcm tu, menitik air mata kitorg dgr. Raut muka dia tenang je masa dia lafazkan ayat mcm tu, tp kitorg tahu, betapa mendalamnya ayat tu. Tenang sungguh ustaz Hamdan. Betapa sabarnya dia menerima hakikat bahawa isterinya dah pergi selama-lamanya dr hidup dia.

Alhamdulillah, bila kitorg da abis form 5, dgr nyaa ustaz Hamdan dah berkahwin lg untuk kali kedua. Dan kali ni, Alhamdulillah rezeki dia melimpah ruah.. Dia dah dpt anak lelaki sorg. MasyaAllah, hebatnya kuasa Allah. Allah balas ketenangan dan kesabaran ustaz Hamdan dalam menangani pemergian isteri pertamanya dgn pernikahan utk kali kedua ditambah pula dgn zuriat yg sihat. Aku gembira. Amat gembira. Suatu hari nnti ustaz, kita akan berjumpa lg ustaz. InsyaAllah. Ketabahan, ketenangan, dan kesabaranmu akan menjadi contoh kpd aku utk aku menghadapi setiap masalah yg menimpaku dlm hidup ini. :)