Sesuatu yg abstrak utk diungkapkan.
Ia jua sukar dilupakan,
Kerana ia salah satu warna kehidupan...
Aku rindu.
Rindu pada zaman silamku,
Yang penuh ceria,
Dan juga duka.
Aku juga rindu,
Gelak tawa,
Riuh suasana,
Dan masalah yg kita hadapi bersama.
Banyak jerih dan payah yg kita lalui,
Terlalu banyak cacian dan makian yg kita dengari,
Kita tabah melaluinya.
Dan,dlm masa yg sama,
Banyak juga erti persahabatan yg kita pelajari..
Bilakah kita semua?
Mempunyai kesempatan untuk bertemu semula?
Aku penat menahan kesedihan,
Memikirkan betapa mustahil kita semua akan berkumpul semula,
Kerana masing2 sudah punya haluan,
Haluan untuk meneruskan kehidupan..
Ku hanya mampu manadah tangan,
Berdoa pada MU ya Tuhan,
Semoga rakan2 ku,
Masing2 berjaya dlm menongkah arus kehidupan,
Yang semakin menghampiri pengakhiran.
To Batch 23.;) (sori merepek).hahaha
No comments:
Post a Comment